ALEXA LUXE DRESS



Emerald Green, warna yang sangat elegan dan sejuk je kalau orang tengok. 

Tema untuk koleksi Pre-Raya dan juga Raya tahun ni ialah 'Inspired Roman Fashion'. Dress tersebut ialah opening untuk tema koleksi tahun ni (Pre-Raya Collection). Jadi, koleksi baru Scarffeya kali ni diberi nama ala-ala Roman, Alexa Luxe Dress.

Alexa Luxe Dress bukan ada satu warna je ye kakak-kakak, tapi ada lapan warna mewah dan lembut kesemuanya. Scarffeya juga sentiasa pilih material yang terbaik untuk setiap collection, jadi untuk Alexa ni, kita pilih Italian Satin dan juga gold leather sebagai finishing. Baru lah naik seri dress ni dan juga si pemakai ye dak? 




Dress ni sesuai lah kalau nak pakai ke event makan malam, kenduri kawin ke, atau ke mana-mana je lah kakak semua nak pakai. Simple dan tak over pun kan design Alexa ni. Yang paling penting, selesa sangat dress ni ya Allah! Kalau pakai dari pagi sampai ke malam pun takpa sebab kain sejuk dan tak melekap kat badan insyaAllah. Flowy flowy gituu! 

Dan of course kita tak lupa ciri-ciri yang setiap Muslimah perlu iaitu wudhu' friendly, dan buat ibu-ibu pula, nursing friendly. Di bawah gold leather tu terdapat zip khas untuk breastfeed anak, convenient kan? Kalau perasan kain lebih yang terjurai kat belah kanan tu (bukan hiasan semata-mata haha), namanya 'cape' khas untuk cover anak yang tengah menyusu tu. So tak perlu nak segan-segan dah. 

Disebabkan design Alexa Luxe Dress ringkas (tapi elegan), tak salah untuk kakak semua pakai aksesori tambahan macam gelang tangan atau rantai panjang dengan dress ni. Tapi jangan penuh sangat kat tangan tuu! Takut nampak over pulak hahaha. Tapi kalau tak pakai pun dah nampak cantik sangat dah.

Saiz dan kuantiti Alexa Luxe Dress kita sediakan untuk customers Scarffeya sangat limited untuk kekalkan exclusivity design ni. Jadi yang beli je yang akan nampak menyerlah dan unique dari yang lain hehehe. Saiz yang available adalah S, M dan juga L sahaja. 

Ehhh hampir terlupa! Untuk semua collection Pre-Raya dan Raya, Scarffeya akan pack dengan kotak ekslusif untuk kakak semua. Haa kat bawah ni kita tunjuk macam mana rupa kotak ekslusif  yang cantik tu yee. Dengan lapan-lapan warna Alexa Luxe Dress sekali kita tunjuk. hehe. Ready dah?


Emerald Blue


Emerald Green


Lavender Purple


Dusty Pink


Mocha


Latte


Champagne


Champagne Bliss


Pada anda yang ingin mendapatkan design terkini dari Scarffeya anda boleh mendapatkannya melalui:-

1. Walk in ke Butik Scarffeya di alamat:-
No. G-35-01, Jalan Serai Wangi L/16L,
Alam Avenue, Seksyen 16,
40000 Shah Alam, Selangor.
Tel: 03-5523 6895

(Landmark: JPJ dan KTM Padang Jawa)

2. Lawati website official Scarffeya di: www.scarffeya.com

3. Follow di Instagram @scarffeya http://instagram.com/scarffeya

4. Like FB Fanpage @scarffeya https://www.facebook.com/Scarffeya

5. Email: scarffeya@gmail.com


Terima kasih! Semoga Scarffeya sentiasa menjadi pilihan terbaik anda!

Comments