Tips Scarffeya: Pemilihan Pakaian Yang Sesuai dan Bergaya Ke Pejabat

Assalamualaikum kesayangan feya!

Ok, bila kita bercakap tentang pakaian ke pejabat, adakah kita sering mengalami masalah dalam memilih pakaian ke pejabat? Apatah lagi sekiranya kita adalah wanita yang baru mula bekerja di office kan. Sukar nya nak buat pilihan, samada seluar atau kemeja, blouse atau dress? Takpa, kali ini suka untuk feya berkongsi tentang tips pakaian ke pejabat/ office anda dengan tampak dan kelihatan lebih sopan dan elegen. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang berjumpa dengan ramai orang. Macam mana caranya? Ha mudah sahaja! Pakailah pakaian tradisional melayu. Nak cakap tradisional sangat tu takdala sangat, tapi boleh dikategorikan dalam pakaian melayu juga hehe. Mudah, smart dan sopan. 

Sebagai contoh, seperti baju kurung pesak, jubah ataupun baju kurung moden malahan blaus muslimah juga merupakan pakaian yang sesuai digayakan ke pejabat.


Berikut merupakan antara tips yang boleh digunakan bagi mereka yang ingin mengenakan pakaian melayu ke pejabat :
1) Pemilihan warna adalah sangat penting dalam pemakaian baju individu. Penggunaan dua atau tiga warna adalah pilihan yang paling baik bagi wanita bekerjaya untuk memilih pakaian ke pejabat. Jika kita memakai pakaian melebihi tiga warna, kesannya adalah kurang sesuai dan tidak kelihatan professional.
2) Dari segi baju, adalah lebih baik jika kita gunakan fabrik yang memberi keselesaan seperti fabrik kapas atau yang mempunyai campuran kapas. Atau material satin juga akan menampakkan gaya kita lebih exclusive. Manakala untuk tudung pula, satin atau bawal adalah sesuai untuk digayakan kerana akan kelihatan lebih professional dan elegen.
3) Bagi yang tidak menggemari memakai pakaian seperti blaus dan kemeja, pakaian tradisional seperti baju kurung adalah pilihan yang terbaik. Baju kurung hendaklah dengan kombinasi warna yang sesuai dan tidak mempunyai manik dan labuci yang terlampau sarat dan meriah. Terdapat pelbagai koleksi rekaan baju kurung pada masa kini, dan anda boleh memilih rekaan yang anda suka untuk digayakan. Scarffeya memperkenalkan koleksi 'EXECUTIVE KURUNG" yang sangat minimal, simple, selesa dan sangat sesuai digayakan sebagai pakaian ke pejabat.
4) Untuk pilihan pakaian tidak seharusnya terikat dengan fesyen atau warna tertentu sahaja kerana membuat dunia fesyen untuk ke pejabat menjadi hambar dan tidak mendatangkan semangat ketika bekerja. Kita akan kelihatan anggun dengan warna semulajadi.  Pilihan yang paling sesuai ke pejabat adalah seperti warna krim, hitam, pastel, kelabu ataupun Navy Blue kerana ia menampakkan gaya professional individu.
5) Untuk yang ingin tampil profesional ke pejabat,  adalah sebaik-baiknya menghindari motif yang terlalu banyak dalam berpakaian.  Motif polos atau corak minimal akan memberikan kesan lebih profesional dan lebih mudah untuk disuai padankan. Motif polos dan warna pastel sangat sesuai dipakai ke pejabat.
6) Fesyen bukan saja membabitkan pakaian tetapi juga pemilihan aksesori yang tepat dan warna kasut yang sesuai serta gaya ikatan tudung dan gaya merapi dan mengemaskannya.
7)  Sebaiknya hindari memakai tudung yang bermotif banyak dan sarat ke pejabat. Namun begitu, tidak semestinya yang polos kerana anda tetap memerlukan variasi agar tidak kelihatan membosankan. Pilihan terbaik adalah memakai tudung yang mempunyai sedikit motif di tepinya atau jenis kosong.
Ini adalah sedikit sebanyak tips yang dapat dikongsikan kepada awak dalam pemakaian ke pejabat. Oleh kerana kini semakin ramai wanita yang tampil bertudung, lebih cantik labuhkan tudung sehingga menutup dada, (jom pelan-pelan kayuh)
Jangan lupa terjah website feya sekali tau. Klik www.scarffeya.com kerana feya yakin koleksi yang Scarffeya sajikan buat awak pasti memenuhi citarasa awak semua dalam pemilihan pakaian ke pejabat!
Hotline: 016 329 8400/ 012 329 6558
Butik:  C-19-G, 16/L, Persiaran Serai Wangi, Alam Avenue, 40200 Shah Alam, Selangor
Website: www.scarffeya.com


Scarffeya Kurung Executive

Scarffeya
Scarffeya

Scarffeya

Scarffeya

Scarffeya

Scarffeya

Scarffeya

Scarffeya

Scarffeya

www.scarffeya.com

www.scarffeya.com

scarffeya

scarffeya

scarffeya

scarffeya

scarffeya

scarffeya

scarffeya

scarffeya





Comments