Tips Scarffeya: Mahu bergaya Cantik, Sopan dan Executive Look ke Pejabat?
TIPS PEMILIHAN PAKAIAN KE PEJABAT YANG SESUAI Nampak seperti perkara remeh, tetapi kadang – kala masih wujud golongan yang tersasar dalam memilih pakaian YANG BETUL untuk ke pejabat, yang membuatkan orang lain berasa sakit mata memandang. Setiap hari kita akan berpakaian dengan gaya tersendiri ke pejabat. Tiada sesiapa dapat menafikan bahawa gaya pemakaian seseorang individu memainkan peranan yang amat besar di tempat kerja. Cara berpakaian atau penampilan seseorang pekerja biasanya menarik perhatian majikan mereka dan ada juga ada masanya dimana ia menjadi faktor penghalang seseorang itu tidak boleh pergi jauh dalam bidang kerjaya mereka. Oleh itu, untuk membantu anda tampil sempurna dengan gaya yang sesuai ke pejabat, berikut merupakan 11 tips pemakaian yang boleh anda jadikan sebagai panduan: 1. Kenal pasti cara pemakaian pekerja di pejabat anda Sekiranya anda masih baru berkerja, cuba teliti atau analisa cara pemakaian pekerja-pekerja lain di pejabat anda. Sekiranya merek...